Saturday, July 27, 2013

Kejayaan Tidak Akan Datang Tanpa Usaha (TOKOH-TOKOH)

Tokoh-Tokoh Yang Berjaya

Steven Spielberg
Mesti korang kenal siapa beliau kan????? pengarah filem terkenal hollywood ketika usiany belasan tahun. Beliau menjadi pengarah filem seawal umur 17 tahun. Hidupnya mulai berubah selepas melawat universal studios. Semenjak dari hari itu beliau sudah mula minat untuk merakam video dan membuat filem sendiri. Dengan usaha yang tidak pernah hilang dari beliau, beliau pergi ke universial studios untuk memperkenalkan filemnya sendiri tanpa jemputan. Pada masa itu, beliau hanya memakai jaket biasa dan meminjam beg kepunyaan bapanya yang hanya diisi dengan sandwich sebagai bekalan. wlaubagaimanapun, universial studios menerima idea beliau dan memberikan kontrak untuk mengarah siri tv selama tujuh tahun dan pada ketika itu juga umurnya baru sahaja 20 tahun. Kini beliau telah menjadi pengarah yang sangat dikenali di seluruh dunia dan mendapat banyak anugerah dari hasil karyanya. cuba anda bayangkan,bagaiman Steven Spielberg mampu berjaya jika beliau hanya menunggu tawaran dari Universial Studios???? mampukah dia berjaya tanpa adanya usaha yang ada pada dirinya???

                                                    inilah dia gambar steven spielberg

Penerimaan anugerah dan banyak lagi anugerah yang beliau terima



       ini pula antara filem yang diarahkan oleh beliau, mesti bnyak yang korang suka.. semuany best..








Robert T.Kiyosaki

sebelum menjadi penulis buku terkenal beliau pernah menyertai pasukan polis marin sebagai pemandu helikopter perang sewaktu peperangan di vietnam. Pada masa itu, beliau telah menerima anugerah pingat udara (Air Medal). Kemudian,pada tahun 1974, beliau berhenti dan menjadi seorang jurujual untuk syarikat Xerox Corporation. Pada tahun1977, beliau telah memulakn peniagaan sendiri sebagai peneraju menjual  dompet nilon.
Beliau bukan sahaja mejual dompet nilon. Mlah sekitar tahun1980, beliau membuat t-shirt untuk kumpulan rock heavy metal. Malangnya,beliau telah gagal dan diiktiraf muflis. Disababkan ini, beliau kehilangan tempat tinggal dan menumpang di garaj kawanny. 
sebagai seorang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, beliau meneruskan lagi usaha ny dengan menyertai seorang kawannya ia Marshall Thurber sebagai pensyarah kewangan yang bertajuk " Duit dan Anda" di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1985, dia mengambil alih peniagaan kawannya itu.
Berkat usaha beliau, beliau telah bergelar jutawan pada usia 47 tahun. dengan menulis buku jualan terlaris yang bertajuk "Rich Dad, Poor Dad". walaupun beliau menempuh berbagai kegagalan tetapi beliau tetap bangkit dengan usaha dan kepercayaan yang ada pada dirinya.


                                                       ini pula gambar robert T kiyosaki


antara buku yang ditulis oleh beliau 





jadikan inspirasi and untuk berjaya

                       "pokok yang kuat tidak akan membesar dengan mudah,
                         semakin kuat angin, semakin kuatlah pokok itu" -j. willard marriot





MEREKA BOLEH KENAPA TIDAK KITA?? SAMA2 MEMAJUKAN DIRI KEARAH YANG LEBIH BAIK.. DAAAA.. GOOD LUCK!





No comments:

Post a Comment